AMANAH Saham Nasional Bhd (ASNB), anak syarikat milik penuh Permodalan Nasional Bhd (PNB) akan terus menjadi peneraju dalam industri unit amanah menerusi rangkaian produk dimilikinya apabila pada keseluruhannya unit amanah dalam edaran ASNB kini melepasi paras 127 bilion unit atau 60 peratus daripada pasaran industri membabitkan langganan oleh 10.4 juta pemegang akaun.
Pengarah Eksekutifnya, Datuk Idris Kechot berkata, dalam tempoh setahun lalu industri unit amanah berkembang pesat disokong oleh kesedaran masyarakat mengenai industri berkenaan, yang mana sehingga kini, lebih 600 dana unit amanah ditawarkan dalam pelbagai kategori yang diuruskan 38 syarikat unit amanah berbanding hanya 119 dana pada tahun 2000.
“Unit amanah dalam edaran kini melepasi paras 300 bilion unit berbanding 64 bilion unit pada tahun 2000. “Manakala, dari segi nilai aset bersih pula, pelaburan dalam unit amanah yang dimiliki lebih 14 juta pemegang akaun ini bernilai kira-kira RM240 bilion, berbanding hanya sekitar RM44 bilion pada tahun 2000,” katanya ketika ditemui pada Seminar Khas Kewangan sempena MSAM 2011 di Ipoh, Perak kelmarin.
Ahad, 24 April 2011
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Catatan Popular
-
Bismilah…Kaf Haa Yaa Ain Shood 25X Allahumma bikaafi kifaayatika ikfinii syarro nafsi wal kholqi ajma’in wa bihaa’i hidaayatika ihdinii wahd...
-
Bacalah Surah Yusuf Ayat 4 yang berbunyi: "Idz Qaala Yuusufu Li Abiihi Yaa Abati Inni Ra Aitu Ahada' Asyara Kaukabauw Wasy Syamsa W...
-
Bacalah Surah Yusuf Ayat 4 Bermaksud:”Ingatlah ketika Yusuf berkata kepada ayahnya,” Wahai Ayahku, sesungguhnya aku bermimpi melihat sebelas...
-
Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak (SPMK, SPMS, DMK, SSSJ, SPSA, SSAP, SIMP, SPNS, SPDK, DUNM, DP, DPMS, DS...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan