Sabda Raslullah saw:
" Sesiapa yang mencari jalan (berusaha) untuk menimba ilmu, Allah akan memudahkan baginya jalan menuju ke syurga, dan sesungguhnya para malaikat meletakkan sayapnya (mendoakan) kepada penuntut ilmu kerana redha dengan apa yang dilakukan, dan sesungguhnya segala makhluk di langit dan di bumi hinggakan ikan paus di laut, mendoakan keampunan bagi orang alim, dan kelebihan orang yang berilmu dengan orang abid (ahli ibadah_) seperti kelebihan bulan (terangnya) daripada lain-lain bintang. Dan sesungguhnya para ulama adalah pewaris Nabi"
- (HR Abu Daud, Tarmizi, Ibnu Majah dll)
Sabda Nabi saw juga:
"Sesiapa yang keluar untuk menuntut ilmu, maka dianya dalam keadaan berjuang (berjihad) ke jalan Allah sehingga dia pulang".
-( HR Imam Tarmizi- hadis hasan)
pengajaran:
1. Orang yang menunutut ilmu ditakdirkan dia meninggalkan dunia, maka dia dikira sebagai mati syahid. mreka yang mati syahid akan dikumpulkan di akhirat nanti bersma-saam para nabi dan rasul.
2. Menuntut ilmu hendaklah dengan niat yang ikhlas menuntut kerana Allah untuk kebaikan diri, keluarga dan masyarakat Isa seluruhnya. Jika berniat untuk bermegah-megah unutk menunjukkna kehandalan dan bedebat, tempatnya adalah neraka jahanam.
3. Menuntut ilmu termasuk juga mereka yang sudah dewasa, seperti menghadiri kelas agama di Masjid atau tempat-tempat yang ada menyampaikan ilmu agama.
4. Dengan melakukan amalan menutut ilmu pahala kita akan digandakan sehingga betlipat ganda, dalam bagi orang yang ke masjid dengan tujuan hanya untuk belajar atau mengajar ilmu kebaikan maka pahalanya seperti satu Haji,
5. Ilmu lebih tinggi darjatnya dari ibadah, kerana ibadah tanapa ilmu tidak akan sempurna. Menuntut ilmu juga adalah satu ibadah hanya berbeza dengan ibadat khusus seperti solat, kerana menuntut ilmu lebih berbentuk muamalah dan solat lebih kepada ibadah langsung.
Ahad, 24 April 2011
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Catatan Popular
-
Bismilah…Kaf Haa Yaa Ain Shood 25X Allahumma bikaafi kifaayatika ikfinii syarro nafsi wal kholqi ajma’in wa bihaa’i hidaayatika ihdinii wahd...
-
Bacalah Surah Yusuf Ayat 4 yang berbunyi: "Idz Qaala Yuusufu Li Abiihi Yaa Abati Inni Ra Aitu Ahada' Asyara Kaukabauw Wasy Syamsa W...
-
Bacalah Surah Yusuf Ayat 4 Bermaksud:”Ingatlah ketika Yusuf berkata kepada ayahnya,” Wahai Ayahku, sesungguhnya aku bermimpi melihat sebelas...
-
Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak (SPMK, SPMS, DMK, SSSJ, SPSA, SSAP, SIMP, SPNS, SPDK, DUNM, DP, DPMS, DS...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan